Tuesday, August 11, 2009

YA UMMI

Ya Ummi
Ampuni dosa anakanda
Kau kandungkanku sembilan bulan
Kau besarkanku tanpa putus asa
Kau asuhku ku dengan akhlak Rasulullah
Kau pahatkan hatiku dengan sentuhan Al-Quran
Kau lenturkanku dengan siraman air ketaqwaan

Ya Ummi….
Ku ingin tatapI wajah tabahmu sepuasnya
Nun di kala hati yang kelam
Terpahat sedikit keegoaan
Dalam membicarakan kalam cinta padamu
Tidak terkelu lidah ini
Mengharap seribu satu cinta ummi

Ya Ummi..
Ampuni dosa anakanda
Dosa yang menimbun tidak terkira kepadamu
Di kala dewasa ini Ku inigin memelukmu
Menciumu, menyayangimu sepenuh jiwa raga
Supaya dapat kugapai hatimu
Supaya dapat ku membalas jasamu yang tidak terbalas
Supaya dapat ku hidu wangian syurga
Untuk mencapai barkah cinta anak yang soleh
Di akhirat kelak

Monday, July 20, 2009

Bersabar..mai praktiskan..

Salam ibtisam..lama sudah ku tidak membuahkan idea di laman blog ku ini..apa-apa pun terima kasih kepada kalian sahabat dan rakan-rakan yang menjengah ke blog ku..kali ini apa ye idea yang mahu kusampaikan..owh..baru kuteringat..ku ingin kongsikan sebuah cerita daripada sebuah buku yang ku tatap dan baca..buku tu agak menarik kerana pendekatannya dan pengisiannya melalui cerita pendek..Ada satu artikel yang ku baca dalam buku di mana kisah seorang hamba yang miskin telah mendapat tuah mendapat telur emas yang dihasilkan oleh itiknya..mungkin ada yang dah dengar cerita ini.dari sehari ke sehari itiknya sentiasa menghasilkan telur emas sehinggalah dia menjadi jutawan kaya raya..dipendekkan cerita,gara-gara terlalu tidak sabar,si hamba ini membelah itiknya untuk mendapatkan telur emas dengan segera tanpa perlu menunggu..kesudahannya,itik tersebut telah mati dan tidak dapat menghasilkan lagi telur emas seperti kebiasaan..Si hamba ini menyesal tidak berkesudahan..emm..natijah yang dapat dipungut berdasarkan kisah analogi tersebut ialah janganlah kita bersikap tidak sabar dalam apa-apa keadaan..sangat sukar untuk bersabar jika kita tidak belajar untuk bersabar..emm,itu yang dapat ku coretkan.mungkin cerita ini nampak ringan selitan dan hikmahnya,tapi sekadar perkongsian bersama dan ingatan untuk diri yang kerdil..tetapi bagi diriku,sukar untuk bersabar untuk mandapat sesuatu yang sukar.dan senang untuk mendapat sesuatu yang sukar seandainya kita bersabar..petikan cerita ini kubaca dari buku pemberian bapa saudaraku " U-Turn Jalan lurus " yang dinukilkan oleh Ustaz Zulramli bin Haji Mohd Razali..terhibur sungguh baca buku ini.wah macam nak promosi buku pula.harap kalian dapat la cebisan hikmah daripada kisah yang kutatapkan kepada kalian..k selamat maju jaya..

Wednesday, February 11, 2009

KISAH ULAMA MENJAGA WAKTU

Kisah Ibnu Nafis

Beliau adalah seorang doktor perubatan yang terkenal. Beliau juga adalah orang pertama yang menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Nafis seorang yang tidak suka membuang masa. Apabila ingin menulis beliau akan memalingkan mukanya mengadap dinding, kemudian mula menulis daripada ilmu pengetahuannya tanpa merujuk apa-apa kitab. Dikatakan beliau menulis laju seperti air yang mengalir. Apabila penselnya tumpul beliau akan mencampaknya ke suatu tempat khas kemudian mengambil pensel baru, oleh yang demikian beliau akan pastikan pensel-pensel yang telah diasah tersedia di atas mejanya sebelum memulakan penulisan kerana ditakuti
masanya akan terbuang dengan mengasah pensel-pensel berkenaan.

Satu ketika, beliau masuk tandas untuk mandi, kemudian keluar kembali seraya meminta pen, dakwat dan kertas, justeru menulis satu karangan mengenai denyutan nadi. Setelah itu beliau masuk semula ke dalam tandas untuk menghabiskan mandiannya
Kisah Ibnu Jauzi

Setiap kali selepas mengasah penselnya, Ibnu Jauzi akan mengumpul habuk tersebut di dalam satu bekas khusus. Apabila beliau jatuh sakit, beliau mewasiatkan agar habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya. Apabila beliau wafat, sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat yang ditinggalkan, ternyata habuk pensil tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit,


sumber dari _ HALAQAH@tamanulama

Wednesday, December 3, 2008

Sentiasa Panjatkan Doa Untuk Saudara Kita Yang Syahid Di Bumi Anbia'..

video

Monday, November 3, 2008

SERUAN HAMBA



Menyusuri dunia kelam
Tersesak nafas di rona kejahilan,
Kezaliman, kealpaan, kelalaian, kedoktrinan, kemaksiatan
Membiaki jiwa dibelenggu api nafsu
Membotakkan akal dari kebenaran
Menjauhi fitrah dari kesucian Ad-Din
Di mana rasa kehambaan pada Tuhan
Di mana rasa ketakutan pada Ilahi
Di mana rasa kecintaan kepada Rabb
Ayuh sedarlah manusia yang hina
Ayuh Insaflah sekalian Ummah
Kembalilah kepada Al-Haq
Tunduklah pada Kea’ziman Rabb
Dakilah kerinduan gunung cinta hakiki
Hidulah kerinduan haruman keimanan
Menuju ke kemuncak Mujahadah dan Ketaqwaan

Friday, October 31, 2008

Cuti...apa nak buat??

Salam wardah buat semua yang melawat blog ana.. ana baru je berjinak-jinak dengan dunia maya ni.sebelum ni buta dengan dunia maya.tapi baru ana tau banyak kepentingan dan kebaikan jika kita tau serba-serbi tentang semua dunia teknologi maya, bukan semuanya membawa keburukan cuma orang yang menggunakan itulah yang memandunya sama ada nak guna untuk keburukan atau kebaikan. Sekarang ni musim exam, mesti semua sibuk tengah menelaah buku, ana cuba curi masa sikit untuk berkongsi cerita.

InsyaAllah cuti ini ana tak buang masa begitu sahaja, 3minggu ana akan berprojek khemah untuk subjek kos 1minggu di UTM,1minggu diMelaka, 1minggu lagi buat report dan buat presentation. Tetapi hati ini sebenarnya tidaklah terlalu gembira sebab tiada kesempatan untuk belajar lebih lanjut tentang ilmu agama. Walaubagaimanapun, insyaAllah dengan masa yang ada inilah kena hargai umur ,nak tak nak ana kena cuba merajinkan diri kita membaca buku-buku agama dalam masa-masa senggang yang ada supaya hati ini tidak tergelincir kepada perkara-perkara yang membawa kemaksiatan dan tidak kosong macam tin. Di samping itu, ana rasa kalau balik rumah pun, cubalah manfaatkan tanggungjawab kita sebagai anak dengan sebaik-baiknya. Moga-moga kita semua dapat manfaatkan cuti dengan perkara-perkara yang mahmudah dan sentiasa menyucikan iman dengan mempertingkatkan amal ibadah..

Majulah Diri Untuk Islam

Monday, September 22, 2008

Hangat-hangat tahi ayam. Demikianlah perumpamaan yang sesuai menggambarkan manusia yang melakukan pekerjaan dengan tidak berterusan. Hanya bersemangat pada awalnya sahaja. Apatah lagi dalam kerja-kerja amal, konsistensi atau istiqamah sangat penting, kerana jika tidak, ia akan berhenti begitu sahaja.. Alangkah ruginya !

TANGGUNGJAWAB

Sebagai manusia yang dipertanggungjawabk an di muka bumi ini sebagai khalifah di samping menghambakan diri kepada-Nya, harus diingat bahawa kita tidak hidup dengan bersendirian. Kita berada dalam lingkungan manusia yang pelbagai ragam. Oleh itu, seharusnya kita memahami bahawa cabaran-cabaran yang timbul dalam lingkungan masyarakat ini seharusnya tidak memberi kesan terhadap konsistensi kita dalam menyampaikan risalah amal ma’aruf nahi mungkar.Memikul amanah itu amatlah berat, lebih-lebih lagi amanah Allah. Maka, segala yang terbaik harus kita curahkan dalam memikul amanah ini. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran menerusi Surah Ali-Imran, ayat 104 yang bermaksud :“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan yang ma’aruf (yang baik) dan melarang dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”.Juga dalam Surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud :“Dan kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia (supaya) kamu menyuruh dengan ma’aruf dan mencegah dari kemungkaran serta beriman kepada Allah”.Suruhan Allah jelas. Walau bagaimanapun, hanya segelintir yang memilih untuk berada di jalan Allah. Kita adalah insan-insan pilihan Allah. Oleh itu, manfaatkanlah peluang yang ada. Jangan sesekali kita cuba lari daripada landasan mulia ini. Walau bagaimanapun, tidak bermakna bahawa apabila terlibat sahaja dalam gerak kerja Islam, kita terlepas daripada taklif Tuhan, tetapi tanggungjawab selepasnya adalah lebih berat lagi kerana kita memikul amanah, perkara yang paling berat di dunia. Banyak yang perlu dikorbankan dan banyak juga yang perlu dijaga, khususnya niat (yang utama), keikhlasan, konsistensi dan sebagainya. Maka, pada peringkat inilah ada yang mula goyah apabila diasak dengan cabaran-cabaran lantaran asas yang tidak kukuh.

MENGAPA SUSAH NAK ISTIQAMAH ?

Perlu difahami bahawa hidayah Allah itu dikurniakan hanya untuk orang-orang yang mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya. Dan Rasulullah SAW bersabda :“Barangsiapa yang Allah SWT kehendaki kebaikan baginya, maka Allah SWT akan memberikan pemahaman agama kepadanya”. (HR Bukhari & Muslim)Memang diakui bahawa untuk istiqamah melakukan kebaikan bukannya mudah. Bahkan ada yang sanggup meninggalkan tugas mulia ini. Persoalannya, mengapa memilih jalan untuk lari daripada hidayah Allah ini? Tersangatlah rugi jika mengatakan bahawa tidak sanggup lagi untuk terus berjuang kerana tidak tahan dengan kesusahan atau takut terganggu pelajaran. Adakah kita lupa pada janji Allah dalam Surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud :“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu agama Allah, nescaya Dia akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu”.Dan tidak dinafikan, rakan-rakan juga sangat mempengaruhi. Justeru itu, penting untuk kita menjaga pergaulan dan memilih sahabat. Pada dasarnya, kita boleh sahaja bersahabat dengan sesiapa pun, tetapi asalkan jati diri kuat, yakni tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif. Jika terjadi sekalipun, maka seharusnya kitalah yang berperanan untuk meneutralkan kembali atau mempositifkan perkara-perkara yang bersifat negatif.Dalam pada itu, musuh-musuh Allah juga tidak akan duduk diam. Mereka juga akan terus aktif menyebarkan propaganda. Maka janganlah sesekali kita terpengaruh dengan anggapan bahawa sikap iltizam (konsisten) dalam agama merupakan penyebab sikap ekstrim, pengganas, kaku, ketinggalan dan sebagainya. Propaganda ini semuanya adalah dari Israel dan konco-konconya. Semua ini bertujuan menimbulkan kegoyahan di hati umat Islam, lebih-lebih lagi buat yang berdiri di atas landasan suci ini.Di samping itu, keluarga juga memainkan peranan yang penting, terutama ibu bapa. Bukan semua ibu bapa yang memahami tugas dakwah ini. Bukan semuanya boleh menerima jika anak-anak mereka berkorban dalam kerja-kerja amal ini. Lebih-lebih lagi ketika masih dalam pengajian. Mereka lebih khuatirkan akan prestasi akademik. Malah mungkin ada yang menghalang sama sekali anak-anak mereka terlibat dalam apa-apa jua yang dianggap bukan berbentuk akademik. Ibu bapa di zaman ini tidak boleh kita samakan dengan ibu bapa di zaman Rasulullah yang merelakan anak-anak mereka berjihad di jalan Allah untuk mencapai syahid cita-cita tertinggi. Maka, hal ini mungkin saja boleh menjadi sesuatu yang menyebabkan hati kita berbolak-balik. Oleh itu, persiapkanlah diri dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ini. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 2 yang bermaksud :“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja mengatakan kami beriman dan mereka tidak akan diuji?”.

BUKAN YANG PERTAMA DAN TERAKHIR

Rasulullah SAW bersabda :“Orang yang paling besar cubaannya iaitu para Nabi, kemudian yang sepertinya dan sepertinya, sesorang itu dicuba sesuai dengan kemampuan agamanya dan apabila semakin kuat imannya, maka kuat cubaanya”. (HR Ahmad & Tirmidzi)Oleh itu, jelas bahawa kita bukanlah orang yang pertama kali dicuba dan bukan juga yang terakhir. Perlu diingat bahawa jalan seorang pendakwah itu bukan diiringi dengan keindahan dan kesenangan, tetapi jalan seorang pendakwah itu penuh dengan duri dan onak berliku. Itulah realitinya. Justeru itu, tetap dan teguhlah berada di atas jalan jihad ini dan yakinlah dengan janji Allah untuk hamba-hambaNya yang beriman.Wallahu’alam

Dipetik dari
Asmah Andy