Saturday, March 27, 2010

Cabaran,Cabaran,..Apa tindakan........


Rindu-serindunya pada keluargaku...sudah lama tidak pulang ke kampung,,kegembiraanku bila melihat ketawa riang adik-adik, tidak kurang suara pekikan mereka bergaduh..kenangan yang cukup istimewa bersama keluarga tersayang. Aku cuba untuk belajar menghargai keluargaku dan terima seadanya segala kelemahan di antara kami, bukannya apa dulu-dulu fikiran kurang matang. Namun pengalaman hidup yg masih cetek di dalam diriku ini telah mengajar diriku menjadi lebih matang. Di usia yg semakin tua dan menghampiri mati ini, sudah banyak kuaanalisis diri ini dari pandangan diriku dan orang yang mengenaliku rapat, namun nilaian analisis disisiMU itulah yg tepat dan sempurna. Aku sekadar menganalisis diri ini untuk memperbaiki kekurangan pada diri ini. Pelbagai cabaran dan dugaan di luar sana yang membuatkan aku gerun. Cabaran untuk diri ini yang paling aku takut, aku paling gerun tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana karenah manusia yang tidak faham syariat ISLAM,,aku yakin aku tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya mengubah keadaan, bahkan apa yang menakutkan keadaan pula yang akan mengubah aku..Cabaran kedua ialah untuk mendidik sepenuhnya rasa tanggunjawab mengubah diri ini terlebih dahulu dan adik-adiku ke arah mencintaiNYA,,suasana media massa boleh mengubah minda kanak-kanak dan sesiapa sahaja yang terlalu didedahkan dengannya yang merupakan salah satu sumber utama maklumat. Kesannya boleh kulihat pada adik-adikku sendiri, bila menonton kartun yang keganasan..mereka terus mengikut aksi-aksi di dalam pergaulan mereka seharian..oleh itu, aku melihat media seolah-olah yang sedang mendidik anak-anak kita sekarang. Aku tidak menyalahkan ibubapaku kerana ibuku sudah bertegas melarang kami menonton rancangan yang pelik, namun kadang-kadang terlepas juga mereka.,Besarnya cabaran..besarnya cabaran.....

continued..

No comments: