Thursday, March 18, 2010

Topik Baitul Muslim : pemurnian ikatan sebelum perkahwinan


Baitul muslim,Baitul Muslim..satu ungkapan dan maksud yang banyak berkobar-kobar di dikalangan para pemuda-pemudi yg masih belum berumah tangga..natijah berbaitul muslim adalah untuk membentuk rumah tangga yang terjaga dan mengikut landas syariat,,namun persoalan di sini,,adakah kita mampu mengawal hati dan nafsu seandainya sudah ada ikatan sementara sebelum menuju perkahwinan,,adakah mampu mengawal nafsu yang lemah ni dari terjebak dengan maksiat hati..wa nau'uzubillah,,iman kita bukan tahap para ulama,,pasti dan pasti,,syaitan akan mengganggu gugat iman kita..terutama bagi golongan yg memahami dan mengamalkan syarie..justeru,,dalam melayari bahtera,,sebaiknya sebelum terlafaz akad nikah sebagai tanda sah perkahwinan itu,,adalah lebih baik hati disulami cinta kepada Allah tanpa virus-virus maksiat..sy bagi satu cth,,sejauh mana mahu berkontek dengan bakal zauj@zaujah yang diikat,,bergantung pada kebijaksanaan,,asalkan tidak melanggar batas syariat..namun perlu diingat..tidak semua perkara perlu dikhabarkan sehingga sampai satu tahap hati resah kerana tidak diambil tahu bakal pasangan masing-masing..seandainya berlaku sedemikian,,maka sudah terjangkitlah virus couple...nama yg lebih sinonim COUPLE ISLAMIK..klu terjadi begini,,kurang cantiklah perkahwinan yang terbina..bukan nk jatuhkan hukuman..ttp hakikat pembentukkan Baitul Muslim yang pada asalnya untuk perjuangan agama sudah tercalar dan tidak bermakna lagi,,kerana tidak mustahil la pembentukan generasi baru yg soleh sangat sukar untuk dicapai dek akibat permulaan pembentukkan sebelum menuju bahtera perkahwinan tidak berlandaskan cinta yang hakiki.sia-sialah nikmat yang diberi oleh ALLAH disebabkan kita menzalimi diri kita sendiri,,bak kata seorang sahabat saya..~Allah beri nikmat tapi kita balasi dengan maksiat~.Oleh yang demikian sy mahu menasihati diri ini terlebih dahulu dan sahabat2 di luar sana agar kita sentiasa meletakkan bahtera perkahwinan yg terbina hanya simbol cinta yang sementara,,,letakkan cinta kepada ALLAH dan nabi adalah cinta yang kekal.Ya memang mudah nak beritahu.tapi itulah asas utama cinta kita..perlu berusaha untuk mecapaiNYA...(pesanan diri)

Berbalik kepada topik, terbentuknya biah yg soleh, bermula dari pancaran cinta yang hakiki pada ALLAH dari BAITUL MUSLIM yang murni,,dan tidak boleh dinafikan kita tidak lari daripada membuat kesilapan dan dosa..Oleh yang demikian, banyakkan beristighfar dan berjihad dalam menerima bisikan syaitan yang memujuk rayu..berdasarkan firman Allah;

"Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad ke Jalan Allah, mereka itulah yang patu mengharapkan Rahmat Allah" (Al-Baqarah:218)

Selain itu,,sahabat-sahabatku jangan bimbang dengan soal jodoh kita..sememangnya proses pengenalan itu merupakan salah satu usaha yang tidak salah sebelum melayari bahtera perkahwinan dengan syarat menjaga batas syariat..namun perlu diingat keyakinan kepada Allah perlu diletakkan no 1..Selagi kita meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah adalah yg utama..insyaAllah.Allah akan memudahcarakan..dan tip2 untuk menjaga hubungan sebelum ke bahtera perkahwinan berdasarkan pendapat sy dan pendapat rakan2 sy sudah berkahwin:

1. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah
2. Membina hubungan dengan family bakal pasangan,,(cth: kontek dengan adik bakal pasangan yang muhram)cth bg wanita, kontek adik@kakak@saudara perempuan bakal pasangan..
3. Tempoh hubungan sebaiknya tidak terlalu lama..saya tidak rigid dengan tempoh,kerana Islam tidak meletakkan suatu tempoh tertentu dalam suatu ikatan pertunangan,,namun adalah lbh tidak terlalu lama demi menjaga hati dan nafsu.
4. Sentiasa meminta pandangan dan nasihat daripada sahabat@orang2 yang soleh mengenai segala tindak tanduk di dalam ikatan supaya dapat sentiasa mengingatkan diri daripada kelalaian..

itu secara ringkas yg dapat sy berikan..wassalam..

No comments: