Sunday, January 31, 2010

Adakah mampu Membina Keluarga Muslim??



Assalamualaikum..lama sudah tidak kutatap dan kuisi blogku..dimalam syahdu ini,terdetik hatiku untuk mencoretkan luahan hatiku.Alhamdulillah tanggal 30 hb dan 31 hb januari 2010 aku telah mengikuti kursus pra-perkahwinan anjuran HEP UTM. Banyak ilmu yg dapat dimanfaatkan berkaitan bab munakahat dan pembinaan baitul muslim. Bukannya mudah untuk membina baitul muslim yang benar-benar berkualiti jika kita tidak dasarkan asas hidup ini dengan cara hidup Islam. Ya Allah besarnya tanggungjawab suami dan isteri dalam membina keluarga, jika tidak cukup persediaan roh,ilmu,mental dan amalan yang segalanya berasaskan Islam, berkemungkinan besar sesebuah keluarga yang terbina akan menjadi kacau bilau..seperti yang diperkatakan oleh pegawai JAIJ yang menyatakan analisis peratus perceraian yang meningkat adalah disebabkan kurangnya titikberat terhadap solat.Jelas di sini menunjukkan bahawa asas agama adalah tunjang yang amat penting dalam membentuk fardi dan keluarga yang muslim yang berkualiti. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang senang lenang untuk dicanangkan dan digurau sendakan tetapi ia satu amanah besar yang harus dipikul dalam membentuk sebuah masyarakat dan generasi seterusnya. Lemah pembinaan keluarga, meka ia boleh ditonjolkan pada entiti masyarakat. Mungkin seperti seronok dan bahagia,tapi ranjau duri pasti dan pasti harus dilalui oleh setiap pasangan..Ya Allah kekadang terasa diri takut dan tidak berkeinginan untuk berkahwin disebabkan amanah yang dipegang terlalu tinggi dan cabaran mendatang tetapi perkahwinan itu adalah sebahagian sunnah yang amat digalakkan oleh Rasululullah. Seandainya seseorang menolak pernikahan, maka dia menolak fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah

"Ertinya: Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu 'anhu).

Saya tidak mahu berbicara panjang mengenai perkara ini. Walaubagaimanapun setiap daripada kita yang digelar seorang seorang muslim perlu mempersiapka diri dengan ilmu dan senjata yang bermanfaat untuk menyediakan diri menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan. terbentuknya peribadi seseorang bermula daripada rumah. Maka bersedialah kita memperbaiki diri dan meningkatkan ketaatan kepada Allah. Akhir kalam harapan di hati semoga coretan ini dapat memberi sedikit cubitan muhasabah untuk sahabat dan diri sendiri khususnya dan semaikan selalu di dalam hati untuk membentuk BAITI JANNATI =)

3 comments:

cahaya said...

salam..oo dah pegi kursus ye. bagus2..yatie doakan semoga dipercepatkan jodoh ye..kahwin jangan lupe jemput..hehe..

Anonymous said...

kita sama2 doa ye yati..mg bertemu jodoh dgn org yg soleh.=)

penasastera said...

Salam ukhwah,
...hanya dengan ILMU kita mampu melayari bahtera perkahwinan itu dengan baik...hanya dengan SABAR kita mampu menyelamatkan bahtera perkahwinan itu daripada tengelam...hanya dengan IKHLAS kita mampu melayari bahtera perkahwinan itu sebagai ibadah...